Tempahan Baju Raya 2018

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Memang lama sangat saya tidak update post dalam website ini. Sejak anak sulong bersekolah 6 tahun yang lalu, saya langsung tak dapat nak luang masa untuk menjahit. Cuma boleh jahit untuk diri sendiri dan anak-anak sahaja. Menjahit baju ni, makan masa banyak sebenarnya. Ramai orang yang tak tahu. Mereka ingat masa ketika anak pergi sekolah tu bolehlah menjahit, tapi sebenarnya tidak. Kita kena betul betul tumpu dan ada mood baru boleh menjahit untuk menghasilkan jahitan yang cantik. Ketika anak pergi sekolah, nak bersih rumah, kemas dapur, basuh baju, masak dan sebagainyalah. Biasanya mereka yang ada pengalaman menjahit sahaja memahami keadaan seperti itu.

Namun begitu sebab dah terjebak dengan perniagaan, walaupon sibuk mengurus anak sekolah dari pagi sampai ke malam. masa yang ada saya berniaga baju raya dan fashion viral di internet. Tahun ni dah masuk tahun kesebelas saya berniaga. Customer memang dah ramai. Pos jer apa apa, terus terima feedback. Terima kasih banyak banyak yer.

Baju raya tahun 2018 sudah keluar dan order sudah mula diambil. Sesiapa yang berminat boleh tengok gambar lepas tu PM saya direct.  Tapi anda kena cepat buat keputusan, sebab baju raya viral ni diambil pre-order. Kita hanya tempat mengikut bilangan order customer. Kalau anda lambat, order dah tutup. Maka baju tu memang dah tak dapat untuk dibeli. Tahun lepas ramai customer jadi macam tu. Kalau ada satu dua helai yang lebih pon, size pula tak ada. Dan baju yang lebih tu biasanya tak banyak, hanya dua tiga helai jer. Boleh bauat bagi hadiah kat saudara mara yang ada anak kecil sahaja.

OK. Itu sahaja saya nak update kali ini. harap dapat jumpa anda di FB saya. https://www.facebook.com/danishaeningcollection/

 

 

 

Advertisements

Malaysia 2014 Calendar -Public Holiday and School Holiday

Assalamualaikum,

Tup tup dah quater four dalam calendar tahun 2013.

Budak sekolah pun dah nak start cuit. Exam pun dah abis. Buku text pun dah hantar.

Sekarang ni duk sibuk pasal cuti plak dan tak lama lagi masuk tahun baru 2014.

Di sini ada calendar School Holiday 2014 untuk buat planning tahun depan.

Tempahan Ditutup

Assalamualaikum,

Buat masa sekarang tempahan telah ditutup sehingga ke satu masa yang belum tahu lagi.

Maaf sangat kerana saya sibuk sekarang.

Terima kasih diatas segala sokongan anda.

Tukang Jahit,

Nuraini.

SENARAI HARGA TEMPAHAN PAKAIAN WANITA

1. BAJU KURUNG BIASA RM 45
2. BAJU KURUNG PIPING RM 60
3. BAJU KURUNG LINING RM 90 keatas
4. BAJU KURUNG PESAK GANTUNG RM 50
5. BAJU KURUNG RIAU RM 50
6. BAJU KURUNG PAHANG RM 50
7. BAJU KURUNG BIASA KANAK-KANAK RM35 Keatas
8. BAJU KURUNG PESAK GANTUNG KANAK-KANAK RM45 Keatas
9. BAJU KEBAYA RM 80 keatas
10. BAJU KEBAYA KANAK-KANAK RM 50 Keatas
11. BAJU KURUNG MODEN RM75 keatas
12. BAJU KEBAYA KANAK-KANAK RM 50 Keatas

13. BAJU KURUNG BREASTFEEDING RM55

14. BAJU KURUNG PAHANG/PESAK GANTUNG/RIAU PIPING RM65
* +RM5 UNTUK BATIK ,TANGAN KAF, TANGAN GETAH DAN JENIS-JENIS KAIN.

PETA : LINK GOOGLE MAP

Sila Hubungi Saya Dahulu Sebelum Datang.

Pn Nuraini(Tukang Jahit)

 

Jalan LEP 7/7, Taman Lestari Putra, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.

TEMPAHAN RAYA PUASA 2012 DITUTUP

Assalamualaikum dan salam sejahtera…untuk makluman customer saya yang budiman, tempahan untuk raya puasa 2012 telah ditutup dengan rasminya…. 

ribuan terima kasih kepada customer yang setia dengan jahitan saya…dan untuk customer baru , kita jumpa tahun depan ye…. insyaallah. 

yg benar,

pn.nuraini

Tempahan Untuk Hari Raya AidilFitri DiBuka Sekarang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pelanggang ening collection.. tempahan untuk hari raya 2012 telah di buka sekarang..

Sekian,terima kasih

Tukang Jahit

Pn Nuraini

Tempahan Telah Dibuka

Salam dan selamat sejahtera…

Untuk pelanggan yg dihormati, belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya dan selamat hari 1 malaysia…

Kepada pelanggang yang menempah jahitan baju untuk hari raya, saya mengucapkan ribuan terima kasih.

Untuk pelanggan baru, saya dengan besar hati mengalu2kan kedatangan anda.

Dengan ini, saya membuka semula tempahan untuk jahitan harian dan telah mula untuk jahitan HARI RAYA AIDILADHA…

Sekian,terima kasih

Tukang Jahit

Pn Nuraini