Sepasang kurung pesak sempurnakan Aidilfitri
Oleh MERAN ABU BAKAR
Dipetik dari :
Utusan Malaysia
Dengar-dengar itu
Beduk sudah berbunyi
Sebulan puasa tamatlah hari ini
Dapatkan ayahanda sujud di kakinya
Serta jangan lupa nendamu di sana…
Seakan tidak ceria suasana sambutan 1 Syawal yang dirai hari ini tanpa dendangan lagu Hari Raya oleh biduanita Rafeah Buang ini.
Begitu juga raya terasa tidak sempurna jika tidak ada sepasang baju baru. Lazimnya bagi si gadis pilihannya kembali kepada yang tradisional sama ada baju kurung atau kebaya.
Selain baju kurung Johor, baju kurung pesak gantung turut popular di kalangan wanita Melayu. Baju kurung pesak gantung yang berasal dari Johor ini mungkin menjadi pilihan ramai wanita kerana ia amat sesuai dengan semua bentuk potongan badan sama ada kurus atau gemuk. Cuma ia tidak mempunyai kekek sapu tangan kerana dipotong sekali dengan bahagian pesak.
Wanita yang bertubuh kurus dapat menyembunyikan potongan kurus badan dengan memakai baju kurung pesak gantung yang dibuat daripada jenis kain yang keras sedikit seperti kasa, sutera mentah, kain kapas dan sebagainya.
Sementara wanita yang bertubuh gempal pula dapat menyembunyikan bahagian tubuh yang berisi dengan memakai baju kurung pesak gantung yang dibuat daripada jenis kain yang lembut dan nipis seperti satin, sutera dan sifon. Jenis kain yang lembut itu menjadikan pemakainya tampak kurus.
Menurut pereka fesyen, Fitri Zainal yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Fesyen daripada Universiti Teknologi Mara (UITM), baju kurung pesak gantung mempunyai potongan yang bertujuan hendak menampakkan bentuk pinggang dan keseluruhan badan.
“Baju kurung pesak gantung memiliki pola moden yang mempunyai potongan tanpa meninggalkan pola lama dengan jahitan tulang belut atau mata lalat di leher.
“Jika baju kurung itu daripada kain polos tidak bermotif, gayakan bersama kerongsang, rantai labuh atau selendang bercorak.
“Sementara itu, baju yang sarat bercorak atau penuh dengan jahitan manik, tidak perlu lagi memakai rantai. Cukup dengan butang baju dan selendang sifon nipis,” katanya.
Fitri berkata, sukar sedikit hendak memotong dan menjahit baju pesak gantung daripada kain sifon terutama pada bahagian jahitan betawi atau french seam.
Baju kurung pesak gantung atau boleh juga disebut berpotongan tunic biasanya berkain senteng dan tampak eksklusif jika yang menggayakannya bertubuh tinggi lampai.
Filed under: BAJU KURUNG PESAK GANTUNG | Tagged: Baju Kurung, BAJU KURUNG PAHANG, BAJU KURUNG PESAK GANTUNG, Baju Kebaya, Putrajaya, Puchong, baju, baju kurung johor, baju wanita, tempahan menjahit wanita, paten baju, fashion, Halia, cempaka, Tongkat Ali, Akar Ginseng jawa, Akar Pisang / bunga pisang-pisang, Akar tarum, Anggerik Merpati, Ati-ati, Bakawali, Balik adap, Bangun-bangun, Baru Cina, Bayam, Bayam karang, Bebuas, belimbing pasir 1, Belimbing tanah, Beluntas, Bemban, Bonglai, Bonglai putih, Bunga Cina / Melur Cina, Bunga kenanga, Bunga lawang, Bunga melur, bunga ros jepun, Bunga Tanjung, Cekur, Cekur Manis, Cempaka telur, Cemumar, Cendawan Tiram Kelabu, chinese honeysuckle, Cucur atap, Daun Dewa, Daun segugur, Derhaka Mertua, Dukung Anak, Durian Belanda, Ekor Anjing, Embun tengahari, Gadis Lompat, Gaharu/depu, Gajus, Galak tua, Gandarusa, Garuda, Gelenggang, Gorek, Hamba Raja, Hempedu beruang, Hempedu bumi, Inai, Jarak Minyak, Jarak pagar, Jarum Mas, Jarum tujuh bilah, Jelai, Jerangau, Jeremin, Jeruju, jerun, jintan hitam, Kacang Malabar, Kacang telang, Kacip Fatimah, Kaduk, kancing baju, Kancing Baju Merah, Kantan, Kari, kayu manis, Kecubung, Keladi candik, Keladi Tikus, Kelapa, Kemangi, kembang semangkuk, kemoyang, Kemunting, Kemunting Cina, Kenerak, Kerak-kerak nasi, Kerian, Kermak putih, Kesum, Kesumba, Ketumbar jawa, Ketumpangan air, Kucing galak, Kulim, Kunyit, Kunyit Hitam, Lada Hitam, Lakum, Larak, Lemba, Lemon Balm, Lempoyang gajah, Lemuju, Lemuni, Lengkuas, Lengkuas geting, Lenjuang merah, letup-letup, Lidah buaya, Limau kasturi, Limau Purut, Lontar, mahkota dewa, Maman Hantu, Maman Ungu, Mambu, Manggis, Mas cotek, Mata Ayam, Melada pahit, Mempelas, Mengkirai, Mengkudu, Mengkunyit, Misai ali, Misai kucing, Mulberi, Nam Nam, Oregano, Paku Tunjuk Langit, Pala, Pandan wangi, Patawali, patikan kerbau, pegaga, Penaga, Perah, Peria pantai, Periuk Kera, Petai, Petai belalang, Pokok ajaib, Pokok Manjakani(mempening), Pokok Nilam, Pokok Tea, Pudina, Pulut-pulut, Putat, Rosemary, Rozel, Ruku Hitam, Rumput Israel, Salam, Sambung Nyawa, Sarang semut, Sedap Malam, Sehelai setahun, Selada, Selai Jendela, Selasih, Selasih dandi, Selom, Sembung, Senduduk, Senduduk Paksa, Senduduk putih, Senna mekah, Sepang, Serai, Serai aceh, Serai Wangi, Setawar, Setawar Putih, Sintok, Sirih, Sri Gading, Stevia, Subang nenek, Sundal malam, Susun kepala, Tebengau, Teja, Temu hitam, Temu kunci, Temu lawak, Tenggek Burung, Tepus Kesing, Tepus Tanah, Teratai, Terung asam, Terung Kemar, Terung susu kambing, Tomato, Tongkat Ali Hitam, Tutup Bumi, Ubat Kurap, Ubi jaga, Ubi sarek, Ulam raja, Ulat Bulu, Urang-Aring, Zodia | Leave a Comment »