Senarai Harga Tempahan Baju Kurung

Terima kasih kerana melayari website saya.

Di sini saya sertakan senarai harga yang terbaru.

Senarai harga ini adalah sama dengan senarai harga lama, cuma saya tambah beberapa jenis baju yang saya jahit bersama dengan harga tempahan nya.

    1. BAJU KURUNG RM 35
    2. BAJU KURUNG PIPING RM 35
    3. BAJU KURUNG LINING RM 70
    4. BAJU KURUNG PESAK GANTUNG RM 35
    5. BAJU KURUNG RIAU RM 35
    6. BAJU KURUNG PAHANG RM 35
    7. BAJU KEBAYA RM 50
    8. BLOUSE RM 40
    9. BAJU MELAYU KANAK-KANAK + MATA LALAT BAWAH 6 TAHUN RM 25 – RM 30
    10. BAJU KURUNG KEDAH RM 35
    11. BAJU DATIN / BAJU KURUNG MODEN RM 35
    12. BAJU MAKMAL RM 30 – RM 40
    13. MATA LALAT & KERANG RM 8
    14. LANGSIR JAHIT LURUS RM 6 SEKEPING (Tanpa tape – 58 INCHI / 60 INCHI )

      Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya :-

      Puan Nuraini(Ening)

      Sekali lagi jutaan terima kasih diatas sokongan anda semua. InsyaALLAH saya akan mepelbagaikan lagi paten baju yang saya jahit untuk anda semua.

      Baju Kurung Pesak Gantung

      Sepasang kurung pesak sempurnakan Aidilfitri

      Oleh MERAN ABU BAKAR
      Dipetik dari :
      Utusan Malaysia

      Dengar-dengar itu
      Beduk sudah berbunyi
      Sebulan puasa tamatlah hari ini
      Dapatkan ayahanda sujud di kakinya
      Serta jangan lupa nendamu di sana…

      baju kurung, baju kurung pesak gantung, baju kurung pahang, baju kurung johor, baju kebaya, baju, baju wanita, tempahan menjahit wanita, paten baju, putrajaya, puchong, fashion

      Seakan tidak ceria suasana sambutan 1 Syawal yang dirai hari ini tanpa dendangan lagu Hari Raya oleh biduanita Rafeah Buang ini.

      Begitu juga raya terasa tidak sempurna jika tidak ada sepasang baju baru. Lazimnya bagi si gadis pilihannya kembali kepada yang tradisional sama ada baju kurung atau kebaya.

      Selain baju kurung Johor, baju kurung pesak gantung turut popular di kalangan wanita Melayu. Baju kurung pesak gantung yang berasal dari Johor ini mungkin menjadi pilihan ramai wanita kerana ia amat sesuai dengan semua bentuk potongan badan sama ada kurus atau gemuk. Cuma ia tidak mempunyai kekek sapu tangan kerana dipotong sekali dengan bahagian pesak.

      Wanita yang bertubuh kurus dapat menyembunyikan potongan kurus badan dengan memakai baju kurung pesak gantung yang dibuat daripada jenis kain yang keras sedikit seperti kasa, sutera mentah, kain kapas dan sebagainya.

      Sementara wanita yang bertubuh gempal pula dapat menyembunyikan bahagian tubuh yang berisi dengan memakai baju kurung pesak gantung yang dibuat daripada jenis kain yang lembut dan nipis seperti satin, sutera dan sifon. Jenis kain yang lembut itu menjadikan pemakainya tampak kurus.

      Menurut pereka fesyen, Fitri Zainal yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Fesyen daripada Universiti Teknologi Mara (UITM), baju kurung pesak gantung mempunyai potongan yang bertujuan hendak menampakkan bentuk pinggang dan keseluruhan badan.

      “Baju kurung pesak gantung memiliki pola moden yang mempunyai potongan tanpa meninggalkan pola lama dengan jahitan tulang belut atau mata lalat di leher.

      “Jika baju kurung itu daripada kain polos tidak bermotif, gayakan bersama kerongsang, rantai labuh atau selendang bercorak.

      “Sementara itu, baju yang sarat bercorak atau penuh dengan jahitan manik, tidak perlu lagi memakai rantai. Cukup dengan butang baju dan selendang sifon nipis,” katanya.

      Fitri berkata, sukar sedikit hendak memotong dan menjahit baju pesak gantung daripada kain sifon terutama pada bahagian jahitan betawi atau french seam.

      Baju kurung pesak gantung atau boleh juga disebut berpotongan tunic biasanya berkain senteng dan tampak eksklusif jika yang menggayakannya bertubuh tinggi lampai.

      Peta Jalan LEP 7/8, Taman Lestari Putra.

      The map are being edited.

      Please visit us next time.

      Peta Pasar Borong Selangor

      Rumah saya terletak di Jalan LEP 7/8, Taman Lestari Putra.

      Dekat dengan Pasar Borong Selangor atau Jaya Jusco Taman Equine.

      Kalau dari Bangi atau Kajang lebih kurang 25 ~ 30 minit.

      Kalau dari Putrajaya, Cyberjaya atau Dengkil lebih kurang 15 ~ 20 minit.

      Kalau dari Puchong Perdana, IOI Mall, USJ, Sri Kembangan, Bandar Kinrara atau Serdang lebih kurang 10 ~ 15 minit.

      Baju Kurung Pesak Gantung

      Terima kasih kerana melayari website saya.

      Untuk pengetahuan semua, Hari Raya Aidilfitri 2007 yang lalu ramai yang datang tempah baju kurung pesak gantung.

      Customer tahun ini lebih suka memakai baju kurung pesak gantung mungkin kerana ini adalah fashion tahun ini.

      Saya kenakan harga RM30 sahaja untuk tempahan.

      Sekali lagi terima kasih kepada customer-customer yang datang membuat tempahan dengan saya.

      Tempahan Untuk Hari Raya Aidilfitri 2007 Telah Ditutup

      Terima kasih di atas sokongan dan kerjasama anda semua.

      Di sini dimaklumkan bahawa tempahan untuk Hari Raya Aidilfitri 2007 telah ditutup, namun begitu tempahan untuk pakai lepas raya masih dibuka setiap masa.

      Sekali lagi diucapkan jutaan terima kasih.

      Tempahan Pakaian Wanita – Putrajaya/Puchong

      SEDIA MENERIMA TEMPAHAN PAKAIAN WANITA

      1. BAJU KURUNG RM35
      2. BAJU KURUNG PIPING RM35
      3. BAJU KURUNG PESAK GANTUNG@RIAU@PAHANG RM35
      4. BAJU KEBAYA MODEN RM50
      5. BLOUSE ( Pattern Biasa Sahaja ) RM40
      6. Tulang Belut ( Mata Lalat dan Kerang Shj ) RM8

      SILA HUBUNGI:
      PUAN NURAINI (ENING)
      PASAR BORONG SELANGOR

      tarikh tutup tempahan SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 15hb Sept 2007..

      Peta Pasar Borong Selangor

      Peta Rumah

      Rumah conner lot 2 tingkat, tepi taman permainan kanak kanak.

      Dekat Pasar Borong Selangor, 15 minit dari Putrajaya.

      Follow

      Get every new post delivered to your Inbox.