Baju Kurung Pesak Gantung

Sepasang kurung pesak sempurnakan Aidilfitri

Oleh MERAN ABU BAKAR
Dipetik dari :
Utusan Malaysia

Dengar-dengar itu
Beduk sudah berbunyi
Sebulan puasa tamatlah hari ini
Dapatkan ayahanda sujud di kakinya
Serta jangan lupa nendamu di sana…

baju kurung, baju kurung pesak gantung, baju kurung pahang, baju kurung johor, baju kebaya, baju, baju wanita, tempahan menjahit wanita, paten baju, putrajaya, puchong, fashion

Seakan tidak ceria suasana sambutan 1 Syawal yang dirai hari ini tanpa dendangan lagu Hari Raya oleh biduanita Rafeah Buang ini.

Begitu juga raya terasa tidak sempurna jika tidak ada sepasang baju baru. Lazimnya bagi si gadis pilihannya kembali kepada yang tradisional sama ada baju kurung atau kebaya.

Selain baju kurung Johor, baju kurung pesak gantung turut popular di kalangan wanita Melayu. Baju kurung pesak gantung yang berasal dari Johor ini mungkin menjadi pilihan ramai wanita kerana ia amat sesuai dengan semua bentuk potongan badan sama ada kurus atau gemuk. Cuma ia tidak mempunyai kekek sapu tangan kerana dipotong sekali dengan bahagian pesak.

Wanita yang bertubuh kurus dapat menyembunyikan potongan kurus badan dengan memakai baju kurung pesak gantung yang dibuat daripada jenis kain yang keras sedikit seperti kasa, sutera mentah, kain kapas dan sebagainya.

Sementara wanita yang bertubuh gempal pula dapat menyembunyikan bahagian tubuh yang berisi dengan memakai baju kurung pesak gantung yang dibuat daripada jenis kain yang lembut dan nipis seperti satin, sutera dan sifon. Jenis kain yang lembut itu menjadikan pemakainya tampak kurus.

Menurut pereka fesyen, Fitri Zainal yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Fesyen daripada Universiti Teknologi Mara (UITM), baju kurung pesak gantung mempunyai potongan yang bertujuan hendak menampakkan bentuk pinggang dan keseluruhan badan.

“Baju kurung pesak gantung memiliki pola moden yang mempunyai potongan tanpa meninggalkan pola lama dengan jahitan tulang belut atau mata lalat di leher.

“Jika baju kurung itu daripada kain polos tidak bermotif, gayakan bersama kerongsang, rantai labuh atau selendang bercorak.

“Sementara itu, baju yang sarat bercorak atau penuh dengan jahitan manik, tidak perlu lagi memakai rantai. Cukup dengan butang baju dan selendang sifon nipis,” katanya.

Fitri berkata, sukar sedikit hendak memotong dan menjahit baju pesak gantung daripada kain sifon terutama pada bahagian jahitan betawi atau french seam.

Baju kurung pesak gantung atau boleh juga disebut berpotongan tunic biasanya berkain senteng dan tampak eksklusif jika yang menggayakannya bertubuh tinggi lampai.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: